Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana dan kekal terurus kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota tinggi semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan daripada jumlah berkenaan 95.9 peratus atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik dan 4.1 peratus atau RM26.9 bilion adalah merupakan pinjaman luar pesisir ujarnya
"Kedudukan hutang Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Hutang yang dibuat kerajaan bertujuan membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan kerajaan.
"Pinjaman yang dibuat itu digunakan untuk pembiayaan yang produktif dan menyokong pertumbuhan ekonomi serta manfaat rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan.
"Secara tidak langsung, ia akan memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi," katanya.
Sebelum itu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah meminta Menteri Kewangan menjelaskan berapakah sebenarnya jumlah hutang negara dalam sesi khas 30 minit atau MQT yang diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermulanya sesi pertanyaan jawab lisan.
Sumber: BN