26 DISEMBER 2021, BANTING – Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz
Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia) telah menghantar kumpulan
sukarelawan dalam misi bantuan pasca banjir ke Taman Langat Utama 2,
Banting. Misi bantuan ini turut mendapat kerjasama oleh beberapa buah NGO
dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Negeri Johor.
Seramai kira-kira 40 orang sukarelawan terlibat dalam misi ini yang dibantu oleh
7 orang anggota APM. Pasukan ini telah membersihkan rumah penduduk dan
membawa pelbagai barangan sumbangan berjumlah hampir 10 tan seperti
pakaian, keperluan peralatan elektrik, makanan dan kelengkapan rumah yang
lain untuk diberikan kepada penduduk yang terjejas.
Misi ini bertujuan membantu mangsa banjir dan pada masa yang sama ingin
menunjukkan kepada semua pihak bahawa kerjasama strategik di antara NGO
dan agensi Kerajaan amat penting ketika berlakunya bencana.
“NGO dan agensi kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada istilah
NGO lebih baik dari kerajaan mahupun sebaliknya dalam usaha membantu
rakyat. Misi hari ini mencapai objektifnya di atas kerjasama erat Pusaka Hanafi
Malaysia dan APM”, Lt. Kolonel Bersekutu (PA) Muhammad ‘Arif Bin Ya’kub,
Setiausaha Agung Pusaka Hanafi Malaysia merangkap koordinator misi bantuan.
“Ketika ini, Pusaka Hanafi Malaysia juga telah menggerakkan pasukan
sukarelawan kami di beberapa buah kawasan termasuklah di Hulu Langat, Shah
Alam, Klang, dan juga Bentong, Pahang bagi memberi bantuan tenaga kerja dan
menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir”, katanya lagi.
SIARAN MEDIA : 2 8 DISEMBER 2 0 2 1
“Kami berasa amat bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan yang
diterima. Inilah kumpulan NGO pertama yang masuk memberi bantuan selepas
air surut pada petang semalam dan kawasan kediaman kami boleh diakses
masuk”, Encik Mohd Afzan Norizan, wakil penduduk.
Antara NGO yang hadir dalam misi ini ialah Gabungan NGO Prihatin Johor,
Persatuan Kebajikan Ekonomi Islam Melayu Bumiputera Negeri Johor, Melana
Emergency Response Team, Skuad Wanita Melana Indah dan Pertubuhan Elit
Group Johor.
Pihak Pusaka Hanafi Malaysia turut mengalu-alukan sumbangan berterusan
masyarakat bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang masih terkesan.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus kepada Persatuan Seni Silat Cekak
Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Cawangan Selangor) seperti maklumat yang
tertera berikut:
Nama Bank : Maybank Islamic
No. Akaun : 5621 4241 9588
Rujukan : Dana Prihatin Banjir
Disediakan Oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat,
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan program mahupun Persekutuan Seni Silat
Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, pihak media boleh menghubungi:
Tn. Hj. Aminudin Hj. Dahlan – Naib Presiden (Komunikasi Korporat)
+6019 360 9625
Lt. Kol. Bersekutu (PA) Muhammad ‘Arif Ya’kub – Setiausaha Agung
+6012 715 2959
En. Shahril Mohd Shah – Timbalan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
+6010 527 2721
Sumber : PERSEKUTUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI MALAYSIA