Sabah kini nampaknya memiliki dua ketua menteri.
Ia selepas Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar
Mahiruddin di Istana Negeri sebentar tadi.
Tan Sri Musa Aman, yang mengangkat sumpah malam Khamis lalu, bagaimanapun menafikan beliau meletakkan jawatan.
Musa juga berkata tiada anggota kabinet negeri yang dilantik yang telah meletakkan jawatan.
Shafie mengangkat sumpah kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Lewat petang tadi, beliau ditemani isterinya Shuryani Shuaib
meninggalkan kediaman di Kota Kinabalu, lengkap berbaju Melayu hitam dan
bersongkok.
Beliau bertolak dengan iringan laungan "hidup Datuk" dan "hidup WARISAN" oleh penyokong yang memenuhi kediamannya.
Pada Rabu lalu, WARISAN dan rakan kerjasamanya menang di 29 daripada
60 kerusi DUN - kurang dua kerusi untuk mendapat majoriti mudah.
Musa pula mendakwa beliau memiliki majoriti itu selepas merekrut dua
wakil rakyat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan mengangkat sumpah
sebagai ketua menteri.
Semalam WARISAN mendakwa memiliki 35 ADUN selepas enam daripada BN membuat keputusan menyertai mereka.