Untuk pengetahuan generasi-generasi muda... Semasa Datuk Dr.Jeffrey
belum lagi terlibat didalam dunia politik, beliau merupakan Pengarah
Yayasan Sabah dan juga Pengerusi bagi sebuah Institut kajian yang
membantu membangunkan negara Sabah. Institut ini diberikan nama
Institute Development Sabah (IDS).
Ramai orang mempersoalkan tentang sumbangannya kepada rakyat Sabah dahulu. Inilah antara buktinya.
Institut ini merupakan hasil buah fikirannya untuk menjadi ‘Think Tank’
ataupun ‘Pemikir’ untuk membantu kerajaan Negara Sabah membangunkan
ekonomi negara ini.
Beliau hanya terlibat dengan dunia politik
apabila mahathir telah menangkap dan memanjarakannya dibawah akta
‘Internal Security Act (ISA) atas sebab ‘mengajar rakyat tentang hak-hak
negara Sabah. Selepas 2 tahun lebih dipenjarakan, beliau telah tekad
bahawa perjalanan hidupnya adalah untuk memperjuangkan hak-hak negara
Sabah sehingga berjaya.
mahathir tidak mahu rakyat negara Sabah
tahu tentang hak-hak Sabah kerana risau apabila rakyat tahu, akan
berlaku kebangkitan untuk menuntut hak. Kini, ia sudah berlaku. Anda
semua telah mengetahuinya sehingga kerajaan persekutuan terpaksa akur
dengan tuntutan hak-hak kita semua.
mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat dan terbaik untuk orang malaya TETAPI TIDAK kepada rakyat negara Sabah.
Ini kerana...
-Kemunduran pembangunan infrastruktur dan ekonomi selama Sabah
diperintah oleh kerajaan parti Tempatan dahulu iaitu PBS pada tahun 1986
sehingga 1994 adalah kerana campurtangannya didalam pentadbiran
kerajaan negara kita, Sabah.
-mahathir lah yang telah mewujudkan
dasar kabotaj yang telah menyekat perkembangan ekonomi Sabah sebaliknya
menguntungkan ekonomi malaya. Atas sebab itu mengapa barang-barang di
malaya lebih murah berbanding di negara kita.
-mahathir lah juga
yang telah memecah-belahkan perpaduan Sabah melalui dasar pecah dan
perintah agar rakyat tidak bersatu untuk menuntut hak-hak Sabah. Wujud
banyak parti-parti politik di negara Sabah kerana ia adalah satu usaha
untuk memudahkan penguasaan mereka melalui sokongan mereka kepada
mana-mana parti tempatan yang akan tunduk kepada arahan mereka, akan
diberikan sokongan. Contoh yang paling jelas dahulu ialah Barisan
Nasional (bn) dan kini adalah warisan +ph.
-Rusuhan yang berlaku
di Kota Kinabalu pada tahun 1986 adalah kerana campurtangan mahathir.
Usaha untuk mewujudkan ketegangan sehingga berlaku kematian agar darurat
boleh diistiharkan. Dengan itu, ia akan menyebabkan kuasa perlembagaan
dan kerajaan negara Sabah dibawah parti PBS tergantung. Tapi syukur, ia
mampu dielakkan.
Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dan ia akan dikongsikan melalui artikel-artikel susulan.
Untuk pengetahuan anda semua, kini mahathir telah mengulangi perbuatan Diktator iaitu pentadbiran kuku besi.
Apa yang berlaku di istana yang membolehkan Presiden warisan mengangkat sumpah adalah kerana campurtangannya.