Tuhau atau halia luar yang digemari oleh kaum KadazanDusun
RANAU: Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah membangunkan teknologi pengeluaran dan pemprosesan inovatif untuk meningkatkan pengeluaran tuhau (halia liar).
Menurut Wasihah @ Resiminah Kuntagil, pemilik Nurkasih Enterprise di Kampung Marakau di sini yang membuat jeruk tradisi Sabah itu, teknologi itu telah membolehkannya meningkatkan pendapatan purata bulanan kepada RM10,000 berbanding RM850 sebelumnya.
Teknologi yang dimajukan dengan kerjasama Jabatan Bioteknologi kementerian itu, melibatkan kerja-kerja dari membersih dan mengupas, memarut, menggoreng dan mengeringkan hinggalah kepada memasang dan mencampurkan jeruk serta pembungkusan akhir.
“Saya yakin inovasi baharu ini akan memberikan peluang baharu bagi penduduk Sabah yang berminat untuk meneroka potensi perniagaan tauhu pada skala yang lebih besar,” kata Wasihah.
Seorang lagi usahawan berjaya dari Sabah yang telah dibantu oleh TPM ialah Faridun Nisa Zardad Khan dari Sulaman, Kota Kinabalu yang syarikatnya, Nusayba, mendapat perkhidmatan TPM Biotech Sdn Bhd untuk merumus dan mengeluarkan minuman cokelat dan teh herba, masing-masing di bawah jenama Pintar Kids dan Teh Misai Kuching.
Pengeluaran minuman cokelat itu, yang dimulakan pada Mei 2012 dengan 20,000 paket itu meningkat kepada 40,000 paket pada Februari tahun ini.