LAHAD DATU 28 Mac - Penduduk Kampung Tanjung Batu di sini, dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata, hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti.
"Kesemua ketua keluarga penduduk, ketua kampung, Majlis Keselamatan Negara dan Pegawai Pejabat Daerah Lahad Datu akan memasuki kampung berkenaan esok bagi menilai kerosakan dialami.
"Rombongan ini akan diiringi pasukan keselamatan bagi tujuan keselamatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my