Mesej dibawah ini adalah mesej yang ditulis oleh Datuk Dr.Jeffrey
G.Kitingan. Bahasa asal / original yang ditulisnya adalah dalam Bahasa
Dusun. Kemudian, mesej tersebut diterjemah didalam bahasa Malaysia. Ini
kerana apa-apa surat yang ingin dikirimkan kepada keluarga, pihak
pegawai di penjara akan membacanya. Dengan menggunakan bahasa ibunda
Dusun, barulah mesej ini selamat sampai kepada keluarga beliau dan ia
disebarkan keseluruh Sabah.
Sebarkan mesej ini agar anak-anak muda mengenali diri mahathir yang sebenar selama ini.
"Beritahu saya, adakah salah bagi saya berjuang untuk negeri dan
rakyat? Adakah saya salah mempersoalkan Kuala Lumpur? Patut atau
tidakkah saya meminta bahagian daripada royalti minyak yang lebih
munasabah bagi negeri ini? Adakah salah bagi saya berjuang untuk
membebaskan Sabah daripada penjajahan? Adakah salah bagi saya mendidik
masyarakat Sabah tentang fakta-fakta yang benar tentang Negara kita dan
keadaan kehidupan kita?
Adakah salah bagi saya memperkenalkan
idea-idea yang baru dan bercorak revolusinari dalam pembangunan,
mengurangkan kemiskinan dan pengangguran dan mengembalikan nilai-nilai
dan harga diri kepada rakyat? Jikalau saya salah, maka kita semua adalah
salah kerana berada dalam kebenaran.
Sewaktu saya berjumpa
dengan Dr Mahathir pada Mei 1990, saya berbincang dengan beliau tentang
beberapa isu. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan bertujuan untuk
membincangkan masalah peribadi tetapi isu-isu yang berkaitan dengan
hubungan persekutuan negeri.
Salah satu daripada nasihat yang beliau berikan pada saya tentang 20 Perkara ialah, beliau berkata:
“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah
dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari
Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS
bertanggungjawab memberitahu rakyat…”
Buat seketika saya tidak
dapat mempercayai kata-katanya sebab dia adalah Perdana Menteri Negara
yang memberitahu saya untuk menipu rakyat yang mana sepatutnya menjadi
tugas kita untuk mendidik mereka.
Apabila saya bertanya kepada Mahathir untuk menambah royalty negeri ini daripada pendapatan minyaknya, dia berkata:
“kamu bernasib baik Kerajaan Persekutuan memberi kamu lima peratus.
Ingat bahawa tidak ada minyak di Sabah sehinggalah Malaysia wujud…”
Jeffrey G.Kitingan 4 March 1991
Sumber: Facebook Page Jeffrey G. Kitingan