KUALA LUMPUR 8 Julai - Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dalam dagangan lengang dengan ringgit bergerak rendah berbanding dolar AS, kata para peniaga.
Pasaran bergerak seiring dengan pasaran niaga hadapan getah China yang turun sebanyak 3.3 peratus ke paras rendah 10 hari.
"Pasaran getah Malaysia diheret turun oleh kerugian ketara dalam ekuiti China selepas Beijing menyatakan yang ia akan mengurangkan pengukuhan tenaga dalam industri yang terjejas oleh kapasiti berlebihan," kata seorang peniaga.
Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 lega 12 sen kepada 698 sen sekilogram dan susu getah pukal menambah 2.5 sen kepada 530.5 sen sekilogram.
Harga penutup jualan tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 turun 11 sen kepada 695 sen sekilogram dan susu getah pukal lebih rendah empat sen kepada 528.50 sen sekilogram. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130708/ek_25/Pasaran-getah-ditutup-bercampur-campur#ixzz2YSQcnwad