KUALA LUMPUR 8 Julai - Ringgit ditutup lebih rendah hari in berbanding dolar AS, kata para peniaga.
Pada 5.00 petang, ringgit menyusut kepada 3.2080/2110 berbanding dolar AS berbanding 3.1870/1900 pada Jumaat.
Seorang peniaga berkata pelabur mencari mata wang AS itu dengan peningkatan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan program rangsangan seawal September berikutan pertumbuhan kerja yang kukuh.
Berbanding lain-lain mata wang utama, ringgit berakhir bercampur-campur.
Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.5018/5045 daripada 2.4967/4996 minggu lepas. Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.1656/1698 daripada 3.1860/1897 Jumaat lepas.
Unit tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 4.7780/7834 daripada 4.7773/7824 minggu lepas dan jatuh berbanding euro kepada 4.1184/1236 daripada 4.1049/1097 Jumaat lepas. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130708/ek_26/Ringgit-ditutup-rendah-banding-dolar-AS#ixzz2YSPysRSN