KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Sebanyak 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sejak 2010 dalam usaha kerajaan meningkatkan kadar celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah itu termasuk pengwujudan 4,000 kampung dilengkapi perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar atau wi-fi serta 335 pusat Jalur Lebar di seluruh negara.
"Ini adalah hasil kerjasama kementerian dan kementerian lain, termasuk Kementerian Pendidikan dalam merapatkan jurang celik IT (Teknologi Maklumat) dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar," katanya ketika menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Che Rosli ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Menjawab soalan tambahan Che Rosli berhubung kos penyelenggaraan Netbook 1Malaysia yang diedarkan itu, Jailani berkata setiap Netbook dilengkapi jaminan selama setahun.
Namun pengguna boleh menghantar kepada syarikat pembekal perkhidmatan untuk dibaiki sekiranya berlaku kerosakkan dalam tempoh tersebut, katanya. BERNAMA
Title : Parlimen: 1.7 Juta Netbook 1Malaysia Diagih
Description : KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Sebanyak 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sejak 2010 dalam usaha kerajaan mening...
Rating : 5