POLIS SABAH SEMAKIN GAGAH? MUNGKINKAH tugas Polis DiRaja Malaysia di Sabah semakin mudah setelah Sultan Borneo Utara, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin @ Datuk Dumik mengumumkan perlantikan OKK Jumadie Asmara sebagai Pengarah Gred A, iaitu sebagai Pemangku Ketua Polis Di-Raja Borneo Utara (Sabah) berkuatkuasa serta merta?
Sejak Lahad Datu diserang Pengganas Kiram, jalan Balai Polis Lama Lahad Datu menuju Kastam Lama sering ditutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana pernah diserang lanun.
Soal kesahihan perlantikan ini sah atau sebaliknya tidak timbul kerana sebelum ini Datu Abdul Razak dan Datuk Akjan pernah melantikkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu dan Sultan Borneo Utara tidak didakwa sebagai menderhaka kepada Yang DiPertuan Agong; malah masih bebas mengembangkan pengaruh.
Mungkin dengan perlantikan OKK Jumadie Asmara, rakyat Lahad Datu bertambah yakin dengan keselamatan mereka setelah kejadian terbaru dinafikan oleh pasukan keselamatan.
Usaha menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Pesuruh Jaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib untuk mendapatkan ulasan berhubungan 'perlantikan' ini masih gagal. Berita lanjut akan menyusul.
Sumber: http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/06/polis-sabah-semakin-gagah.html