Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam ini. - Foto Sinar Harian Safwan Mansor
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.
"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.
"Tindakan ini sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya berucap menyempurnakan Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadian Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di Hotel Istana, di sini, hari ini.
Baca lebih lanjut di sini: www.sinarharian.com