KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Rabu menolak permohonan peguam tempatan James Tsai untuk peguam kanan dari luar Sabah Datuk N Sivananthan menyertai pasukan peguamnya untuk mewakili 22 warga Filipina berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu.Pemohon diberi kebebasan untuk memfailkan semula permohonan itu.Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum semasa membuat keputusan itu berkata permohonan Tsai untuk mewakili Sivananthan hendaklah dibuat mengikut peruntukan Seksyen 10 (c) Ordinan Peguam Sabah.Pemohon tidak boleh menggabungkan semua kes untuk satu permohonan kerana kes membabitkan kepentingan umum, katanya.Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu berkata pihaknya akan memfailkan semula permohonan itu mengikut prosedur yang ditetapkan.Turut hadir pada prosiding hari ini Presiden Persatuan Undang-undang Sabah Datuk Gaanesh Nandy.Pada 8 April lepas dilaporkan Sivananthan dilantik oleh kerajaan Filipina untuk mewakili warganegaranya yang menghadapi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan terlibat dalam kegiatan keganasan di Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah.Sivananthan dipetik sebagai berkata peguam berpejabat di Kota Kinabalu, Tsai akan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk beliau diterima masuk secara ad-hoc untuk mewakili kesemua tertuduh berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu itu.Sivananthan adalah rakyat Malaysia yang pertama diterima masuk sebagai peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang berpangkalan di Hague dan beliau ialah naib presiden Majlis Peguam Jenayah Antarabangsa sejak 2010 dan baru-baru ini dilantik semula untuk dua tahun lagi.Sementara itu, Tsai, selepas pendengaran kes berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu di Mahkamah Tinggi Tawau pada 7 Jun lepas, dipetik sebagai berkata bahawa permohonan untuk menyertai pasukan peguamnya yang bakal mewakili kesemua tertuduh akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini.- BERNAMA
Title : Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Untuk Peguam Kanan Sivananthan Wakili Warga Filipina
Description : KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Rabu menolak permohonan peguam tempatan James Tsai untuk peguam kanan dari luar S...
Rating : 5