KUALA LUMPUR: Kegagalan manusia mengurus alam sekitar dengan baik dilihat sebagai antara faktor utama berlakunya masalah pencemaran udara yang serius seperti jerebu.
Selain faktor cuaca, aktiviti pembakaran hutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab telah memburukkan lagi kualiti udara.
Bagi membincangkan masalah jerebu yang melanda di selatan Semenanjung Malaysia ketika ini bersama Awani ialah Pengarah Ecoknights, saudara Amlir Ayat.
Ikuti huraian beliau mengenai permasalahan jerebu yang berlaku di negara ini melalui video yang telah disediakan.