KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang dijangka akan bertambah buruk untuk beberapa bulan kini melanda Kuala Lumpur dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sesetengah kawasan ibu kota sebagai “tidak sihat”.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Cheras (Kuala Lumpur) mempunyai bacaan IPU 100 (pada Isnin, 5 petang), berbanding dengan bacaan IPU 70 (11 pagi) dan 76 (7 pagi).
Jumlah daerah yang mempunyai bacaan IPU sebagai “tidak sihat” berkurangan kepada tiga, berbanding empat sebelum ini.
Bacaan IPU antara 101-200 adalah tidak sihat, manakala bacaan antara 51-100 adalah sederhana.
Selain Cheras, dua kawasan yang terjejas adalah Balok Baru (Kuantan) dan Kemaman.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau berkata situasi jerbu akan bertambah buruk di hari yang akan datang oleh kerana angin berasap dari titik panas di Sumatra.
Beliau menyeru rakyat Malaysia agar mengurangkan aktiviti luar dan minum banyak air ketika ini.
“Semua orang perlu mengutamakan kesihatan mereka,“ kata beliau.