Imigresen Sabah menahan 67-Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam dua serbuan berasingan di tapak pembinaan di Penampang dan Putatan, PAGI TADI.
Serbuan menerusi Operasi Mahir itu dilakukan pada 10-pagi di Tapak Binaan Projek Perumahan Kampung Tunoh, Penampang sebelum beralih ke Tapak Binaan Kampung Baru, Putatan, 40-minit kemudian.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen yang juga Ketua Operasi itu, Saidi Mohd Said, operasi melibatkan 34-pegawai imigresen itu membuat pemeriksaan mengejut terhadap 73-individu. Daripada jumlah itu, 40-warga Filipina dan 27-warga Indonesia ditahan. Selebihnya merupakan warganegara Malaysia.
Tegas Saidi, kesemua PATI akan dibawa ke Pejabat Imigresen Kota Kinabalu bagi proses dokumentasi dan ditahan di Pusat Tahanan Sementara di Papar.
Jika terbukti bersalah kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 palang 63.
Majikan yang disabit kesalahan akan didakwa mengikut Seksyen 55b akta sama kerana mengambil atau menggaji pekerja sama ada warganegara atau sebaliknya yang tidak memiliki pas yang sah.
Sumber: Berita RTM Sabah (12/6/2013)
[Gambar Hiasan]