Sebelum ini portal Buzz Feed Portal pernah mendedahkan kegiatan Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan telah bertindak membayar kalangan blogger-blogger dari USA dengan tujuan supaya lebih banyak berita memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihebahkan di media antarabangsa & selain memuji-muji pentadbirannya selaku Perdana Menteri. Itu kata portal itulah.
Pada masa itu, Berita Semasa tidak sedikit pun mengambil pusing berita yang disiarkan oleh portal tersebut disebabkan masih lagi meragui dan sangsi dengan kredibiliti mereka. Dan portal Buzz Feed Politics ini bukan suatu portal yang ternama dan berpengaruh. Tetapi….Ya, ada tetapinya :
Sehinggalah pada 7 Mac 2012, The Wall Street Journal sendiri mengambil tempat menyiarkan berita mengenai pembayaran oleh Najib kepada Blogger dari US itu di bawah tajuk ‘Malaysia’s U.S. Propaganda’. Diberitakan kempen propaganda telah pun bermula sejak Mei 2008 lagi sehingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.
Ini antara laporan berita The Wall Street Journal :
- Joshua Trevino menerima bayaran USD389,724.70
- Antara nama yang terlibat menjalankan propaganda berkaitan dengan nama Anwar Ibrahim ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
- Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia
Yang menariknya, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush baru-baru ini telah pun memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide yang pernah menjadi
kontroversi cukup panas melibatkan transaksi bernilai RM76.8 sekitar tahun 2010 dahulu (
KLIK SINI UNTUK BACAAN) di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Source: Credit to beritasemasa.com