Anda sudah selesai membacanya? Beruntung bukan Nasir Yusof yang tiada bezanya dengan anda, anda di sini kerana beliau adalah warganegara Malaysia. Malahan, Nasir Yusof sudah pun berjaya mengundi di 3 siri Pilihanraya Umum. Hebat… Nasir Yusof dan juga anak-anaknya sekarang ini yang pastinya sudah membesar dengan sihat juga layak menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan atas nama warganegara Malaysia.
Sukar atau tidak jika mahu mendapat keistimewaan yang dimilki Nasir Yusof sekarang ini?
Tidak sudah mana pun sebenarnya. Kata kunci yang perlu dipegang adalah :
“Kesetiaan”
Cukup sekadar anda “setia”, kalangan yang bergolok gadai memecah masuk perarairan Sabah contohnya ada peluang untuk menjadi seperti Nasir Yusof sekarang ini. Nasir Yusof perlu berterima kasih dengan kejayaan “
Projek IC Sabah“
- Sabah pada tahun 1970 : 636,431
- Sabah pada tahun 2000 : 2,2449,389
- Kadar kenaikan penduduk di Sabah : (285%)
- Sarawak pada tahun 1970 : 976,269
- Sarawak pada tahun 2000 : 2,012,616
- Kadar kenaikan penduduk di Sarawak : (285%)
- Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 : 10,439,430
- Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 : 22,202,614
- Kadar kenaikan penduduk di Semenanjung Malaysia : (113%)
Walaubagaimanapun, Nasir Yusof tidak keseorangan. Ini kerana Harisa Binti Mahadi pun telah pun berjaya diterima sebagai warganegara Malaysia
Inilah situasi yang berlaku di Sabah hari ini. Yang pelik dan hairannya, walaupun bukan status warganegara tetapi berjaya layak mendapat kad pengenalan biru. Jikalau sebelum ini rakyat Sabah kerapkali merintih ibarat mereka menumpang di negara lain apabila melihatkan lambakan warga asing di Sabah saban tahun, akhirnya satu demi satu dokumen berjaya diselongkar.
Saudari Harisa Binti Mahadi juga tidak akan akan ketinggalan bersama-sama para pengundi sah yang lain menunaikan kewajipannya dan tugasnya untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13…..
Sumber : SPR Malaysia
Persoalan kami sekarang ini, siapa dalang disebalik pemberian kewarganegaraan secara mudah ini?
Source: Credit to beritasemasa.com