Bagi kami kisah kesultanan Sulu sudah pun menjadi cerita dalam buku sejarah. Zaman beliau sudah lama berakhir. British telah mengambil Sabah & Sarawak, Belanda pula merampas semua tanah borneo yang lain. Amerika/Sepanyol pula menguasai tanah-tanah di Filipina. Sebenarnya kekuasaan Kesultanan Sulu sudah tamat.
Walaubagaimanapun, mereka masih lagi bernasib baik apabila “keturunan mereka tidak diapa-apakan”. Sejak Britain sehinggalah kepada kerajaan Malaysia sendiri telah membayar “cession money” kepada Sultan Sulu. Bagi kami Sultan Sulu sepatutnya bersyukur kerana masih lagi menikmati terus duit daripada kerajaan Malaysia walaupun sebenarnya mereka sudah tidak relevan lagi.
Andaikata mahu Sultan Sulu sekalipun mengapa tidak menggunakan saluran yang betul? Melalui PBB contohnya?
P/S : Tiada masalah untuk menyokong Kesultanan Sulu. Tetapi ada bezanya di sini, kami rakyat Malaysia umumnya & rakyat Sabah amnya sama sekali tidak akan menyokong usaha Sultan Sulu dan pengikutnya menuntut Sabah.
Sumber : beritasemasa.com