KESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.
Pada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
- Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu (sultan Sulu) pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram III mungkin terlupa sesuatu.
- “Baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, Kesultanan Islam Sulu melalui tindakan datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” atau perkataan yang lebih tepat iaitu pajakan negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada kuasa Eropah pada masa itu iaitu British (Sebelum pembentukan Malaysia).
- Pajakan dilakukan berdasarkan kehendak sendiri dan ia relevan sehingga ke hari ini. Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
- Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat. Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963
- Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa.
- Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu dan barisan tenteranya lakukan pada masa ketika Sabah dijajah oleh Jepun?
- Jika benar “Baginda” mempunyai hak di Sabah, adakah “baginda” pernah menghantar “Tentera Diraja Sultan Sulu” untuk membebaskan Sabah? (Seperti kekacauan yang berlaku di Lahad Datu Sabah sekarang?)
- Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan ‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 dan tidak menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
- Walaubagaimanapun, Filipina masih terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
- Ya!! Hakikatnya, sekarang ini kerajaan Malaysia tetap & masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi “Sultan Sulu” yang yang ada sekarang ini mahukan lebih daripada itu iaitu mahukan 50% wang hasil ekonomi Sabah.
- Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya. Mengapa baru sekarang Sultan Sulu mahu merampas Sabah semula yang telah pun diiktiraf PBB?
Sumber : beritasemasa.com