KUALA LUMPUR 11 Mac - Bertugas menangangani konflik di negara menghadapi peperangan merupakan tanggungjawab yang amat mencabar bagi anggota pasukan pengaman, kata Komandan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, Kolonel Badrul Hisham Mohammad.
Berucap pada forum bertajuk 'Mengekalkan Keamanan dan Kestabilan: Melindungi Orang Awam' baru-baru ini, beliau menjelaskan pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi anggota pasukan yang menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), termasuk dari segi bahasa, cara bekerja dan kekurangan infrastruktur serta kemudahan.
Bagaimanapun beliau berkata, semua cabaran itu membantu meningkatkan azam dan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terus menabur bakti dan bergerak maju.
Katanya, walaupun menghadapi masalah daripada segi perbezaan bahasa di kawasan bertugas, anggota ATM tidak menjadikannya sebagai halangan atau penghalang bagi mereka untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.
Baca artikel penuh di sini.
Sumber: Utusan Malaysia.