KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah tidak bersetuju dengan cadangan untuk menutup dua buah maktab perguruan di Sabah iaitu Maktab Perguruan Gaya dan Keningau.
Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masjidi Manjun berkata beliau sudah menulis surat secara rasmi kepada Kementerian Pelajaran berhubung pendirian Kerajaan Negeri itu.
“Kita tidak bersetuju dengan cadangan menutup dua maktab latihan perguruan di Sabah itu,” katanya kelmarin. Beliau yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata suraut sudah dihnatar ke Kementerian Pelajaran berikutan keputusan Kabinet Negeri yang menolak cadangan menutup itu sebulan yang lalu, sebagai respons rancangan kementerian untuk menutup sembilan maktab latihan perguruan di negara ini.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Petinggi Tan Sri Adenan Satem telah menganggap rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan dua buah Institut Perguruan di Sarawak menjadi kolej vokasional sebagai ‘bodoh’.
Ketika mengakui tentang pentingnya pendidikan teknikal, beliau berkata IPG tidak wajar dikurangkan kerana ini boleh menjejaskan matlamat kerajaan untuk menjadikan nisbah 90:10 untuk guru mengajar di Sarawak yang terdiri dari penduduk Sarawak dan luar.
“Saya telah menulis surat kepada Perdana Menteri dengan memaklumkannya dengan menukarkan dua institut latihan perguruan kepada sekolah teknikal adalah bodoh. Saya tahu tentang pentingnya pendidikan teknikal, tetapi ianya tidak wajar mengorbankan dua institut latihan penguaran,” katanya.
Dalam kenyataan pada 29 Okt lalu, Kementerian Pelajaran mengumumkan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup meskipun terdapat kekeliruan berikutan pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri pada 21 Okt lalu.
Kenyataan itu memetik terdapat 27 kampus IPG si seluruh negara, dengan sembilan akan ditukar menjadi kolej vokasional atau politeknik.