BARU : Permohonan Online Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.
Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.
Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.
Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 112,145 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalukan anda yang mempunyai tubuh badan yang sihat bagi menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Borang permohonan kerja Polis secara onlinedikeluarkan bagi membantu anda mendapatkan pekerjaan tersebut dengan mudah. Hanya isikan borang dan tunggu panggilan atau jawapan bagi permohonan anda. Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) :
1. Inspektor Gred YA 13
2. Konstabel Gred YA 1
3. Konstabel Sokongan Gred YT 1
4. Sarjan Gred YA 6
Untuk membuat permohonan secara online, sila ikuti langkah berikut .
Langkah isi borang online Polis Diraja Malaysia (PDRM) :
1. Sila layari :
http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Daftar akaun baru bagi sesiapa yang belum mendaftar atau sila Login bagi yang sudah mendaftar
3. Sila isikan semua maklumat peribadi anda
4. Sila masuk ke Tab “Jawatan PDRM/LAIN”
5. Pilih jawatan yang anda kehendaki dan klik simpan
6. Selesai dan sila tunggu permohonan anda akan diproses dalam masa 6 bulan.
*KONGSIKAN DENGAN RAKAN ANDA TENGAH MENCARI KERJA !