Mangsa terperdaya dengan janji manis ingin cepat kayaSegamat: Mangsa jenayah kolar putih di Johor kerugian kira-kira RM25 juta antara Januari hingga Mei tahun ini, sebahagian besar diperdayakan lelaki benua Afrika kerana ingin cepat kaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Rosman Omar, berkata kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita yang disasarkan lelaki benua Afrika menerusi laman sosial termasuk Facebook dan sesawang jualan barang dalam talian.
Apabila mangsa memasukkan sejumlah tunai ke dalam akaun bank kepunyaan mereka yang kini mempunyai rangkaian di seluruh dunia, mereka kemudian menghilangkan diri." Asisten Komisioner Rosman Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor
“Ada juga mangsa wanita yang kesunyian, jatuh ke tangan lelaki berkenaan yang bijak memainkan perasaan mereka dengan menggunakan gambar diri yang tampan untuk memikat mangsa.“Akhirnya, mangsa kerugian ratusan ribu ringgit selain hilang punca perniagaan asal yang dilakukan mereka sebelum itu akibat kehabisan modal,” katanya.Beliau ditemui di Lapang Sasar Batu Anam di sini, ketika menyertai latihan menembak bersama anggota Cawangan Siasatan Jenayah Komersial Polis Johor di sini, semalam.Rosman berkata, antara modus operandi penipuan termasuk mendakwa barangan dipesan oleh mangsa secara dalam talian ditahan kastam serta memerlukan wang tunai untuk membayar cukai pelepasan dengan segera. Suspek hilangkan diri“Apabila mangsa memasukkan sejumlah tunai ke dalam akaun bank kepunyaan mereka yang kini mempunyai rangkaian di seluruh dunia, mereka kemudian menghilangkan diri.“Mangsa yang malu dengan kejadian itu dan segan memberikan kerjasama serta tidak memberikan maklumat tepat menyebabkan kertas siasatan yang dikendalikan jabatan itu mengambil masa untuk disiapkan serta melakukan tangkapan seterusnya pendakwaan di mahkamah,” katanya.
Sumber: berita harian
Title : Rugi RM25j kena tipu lelaki Afrika
Description : Mangsa terperdaya dengan janji manis ingin cepat kaya Segamat: Mangsa jenayah kolar putih di Johor kerugian kira-kira RM25 juta antara Janua...
Rating : 5