Waidi: Kaji selidik akan menyediakan garis dasar maklumat mengenai kesan kemanusiaan ke atas kawasan termasuk sungai dan morfologi.
LAHAD DATU: Walaupun pelbagai usaha memantau pencerobohan dilakukan pihak berkuasa berkaitan, kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (MBCA) yang digelar sebagai Sabah ‘Lost World’, ia masih menghadapi ancaman persekitaran dan gangguan hidupan liar memandangkan pemburu haram dan pengumpul gaharu kadang kala menceroboh kawasan itu.
Ini merupakan penemuan mengejutkan semasa kaji selidik inventori sumber dan hidupan liar selama 10 hari yang dijalankan para penyelidik tempatan termasuk penulis ini, baru-baru ini.
Beberapa anggota pasukan kaji selidik itu bukan sekadar menemui bukti pencerobohan yang masih baharu seperti kelongsong peluru, kawasan perkhemahan, alat pemburuan dan memancing dan contengan pada batang kayu malah hamper terserempak dengan kumpulan yang disyaki pemburu haram atau pengumpul gaharu.
Sebenarnya, tiga orang yang dipercayai pemburu haram malah “mendaftarkan” kehadiran mereka dengan mengintai satu daripada 132 kamera perangkap yang ditempatkan di merata tempat oleh pasukan penyelidik bagi merakamkan kehadiran hidupan liar dalam kawasan hutan kelas pertama yang dilindungi itu.
“Selepas kami memusnahkan kawasan perkhemahan pemburu haram yang disyaki, kami terkejut apabila tiba-tiba mereka muncul dan kerana khuatir dengan keselamatan sendiri, kami terpaksa melarikan diri,” kata Sharon Koh dari
Pokok gaharu yang menjadi rebutan oleh pengumpul gaharu haram.
Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF Malaysia), yang mengambil bahagian dalam kajian lapangan itu.
Selepas menyemak dengan Pusat Pengajian Lembangan Maliau, sebuah pusat pentadbiran bagi MBCA, ia mendedahkan kegiatan pemburu haram dan pengumpul gaharu kebanyakannya terhad di kawasan zon penampan MBCA yang memainkan peranan penting bagi melindungi MBCA.
Zon berkenaan merupakan kawasan ancaman secara langsung kepada 58,840 hektar MBCA yang ditangani secara taktikal termasuk menghalang pencerobohan pemburu, pembalak dan pengumpul gaharu daripada memasuki kawasan teras.
Renjer Yayasan Sabah dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain terutama Jabatan Hidupan Liar Sabah kerap mengawal zon berkenaan selain kawasan teras MBCA bagi memantau penceroboh manakala pos renjer juga ditempatkan di beberapa kawasan termasuk Sungai Kuamut dan tasik Linumunsut.
Bagaimanapun, kaji selidik lapangan yang intensif itu menghasilkan penyenaraian mamalia dan burung yang berkesan termasuk spesies yang jarang ditemui dan terancam yang hidup di hutan belantara yang belum diteroka yang bercirikan himpunan pelbagai jenis hutan dengan sistem sungai yang kompleks dan berdozen kawasan air terjun yang indah.
Penyelidik tempatan yang terdiri daripada 137 peserta dari Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Gaharu ini ada banyak kegunaan dan harganya di pasaran dunia adak mahal.
Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman Negara Sabah, WWF Malaysia, Sabah Institute for Development Studies (IDS) dan Program Pemuliharaan Orang Utan Kinabatangan (HUTAN-KOCP), INIKEA dan Sabah Environmental Trust (SET).
Kaji selidik mengenai flora dan fauna yang bermula 14 Jun meliputi hamper keseluruhan kawasan pemuliharaan kecuali zon warisan seluas 15,000 hektar untuk diteroka generasi akan datang bagi tempoh 50 tahun akan datang.
Kajian intensif itu mengesahkan bahawa kawasan dilindungi itu dan besar sedikit daripada Pulau Pinang, merupakan tempat tinggal bagi spesies yang jarang ditemui dan terancam termasuk gajah Pigmy, Orang Utan dan monyet belanda (monyet Proboscis).
Penyelidik juga merekodkan kehadiran mamalia lain yang ditemui secara langsung dan juga melalui kamera perangkap seperti harimau kumbang, beruang madu Malaya, kijang, kancil, musang, cerpelai berekor pendek, siamang Borneo, landak, tenggiling dan langur.
Senarai burung yang menarik juga direkodkan termasuk burung pemakan lebah atau kirik-kirik senja, sewah padang, ‘Giant Pitta’, ‘Bathawk’, ‘White-fronted Falconet’, ‘Crested Fireback’, ‘Scarlet-rumped Trogon’ dan ‘Borneon Bristlehead’.
Peta Lembangan Maliau dilihat dari atas
Alim Biun dari Taman Negara Sabah yang juga seorang pakar burung mengesahkan kesemua lapan spesies kenyalang Borneo, termasuk ‘Helmeted Hornbill’, juga didapati di kawasan pemuliharaan seluas 588.4 km persegi itu.
Timbalan pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata kajian yang diketuai jabatan itu, mencapai kejayaan besar walaupun menemui banyak bukti mengenai kegiatan pemburuan haram.
“Pemburu haram ini merupakan ancaman besar kepada populasi hidupan liar bukan sahaja di Lembangan Maliau tetapi juga di kawasan pemuliharaan di negeri ini seperti Lembah Danum dan Ngarai Imbak. Ia bukan sahaja satu warisan Negara tetapi juga menarik minat masyarakat dunia dan kita mesti melindunginya dengan apa jua cara,” katanya.
Pengurus kumpulan Yayasan Sabah bagi pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, Dr Waidi Sainun, berkata kaji selidik itu akan menyediakan garis dasar maklumat mengenai kajian flora dan fauna, kesan kemanusiaan ke atas kawasan termasuk sungai dan morfologi.
‘Helmeted Hornbill’ adalah salah satu spesies kenyalang Borneo
“Penemuan ini akan didokumentasikan bagi membantu mencarta pelan pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Antara Agensi bagi Lembangan Maliau memandangkan kajian inventori ini akan menjadi urusan biasa selang lima tahun.
“Ini bagi membolehkan kita memantau keadaan kawasan pemuliharaan ini (termasuk kawasan pemuliharaan Ngarai Imbak dan Lembah Danum) setiap lima tahun,” katanya.
“Melalui usaha ini, kita dapat mengetahui sama ada populasi hidupan liar di kawasan pemuliharaan ini meningkat atau menurun,” katanya.
Waidi, yang turut menyertai kaji selidik ini berkata kajian lapangan disokong INIKEA, satu kerjasama antara syarikat utama bagi Yayasan Sabah iaitu Innopprise dan Ikea, sebuah pertubuhan dari Sweden yang terbabit dalam projek-projek alam sekitar.
Menurut Waidi, kaji selidik lapangan yang intensif di Lembangan Maliau yang bermula pada tahun 2000, merupakan sebahagian daripada persiapan pelan pengurusan kawasan pemuliharaan Lembangan Maliau dan ekspedisi utama yang pertama untuk sampai ke tasik Linumunsut pada 2001 di kawasan utara lembangan itu.