Kementerian Pertahanan akan mendedahkan siapa dalang sebenar di sebalik pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu sebaik memperoleh maklumat lengkap hasil risikan pelbagai pihak, termasuk polis antarabangsa (Interpol)
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiada sebab pihaknya perlu menyembunyikan kepada umum apa yang berlaku sekiranya tindakan itu tidak menjejaskan operasi pasukan keselamatan.