Rompin: Operasi sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pulau Pinang ditutup sementara selepas 50 pelatihnya mengalami demam dan sakit tekak sejak Jumaat lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata berikutan itu semua 200 pelatih kem berkenaan dibenarkan pulang sejak hujung minggu lalu.
Beliau berkata, mereka sepatutnya menamatkan latihan di kem berkenaan pada 20 Jun ini.
“Keadaan ini (demam dan sakit tekak) berlaku mungkin kerana pelatih menjalani latihan dalam cuaca panas dan mungkin ada jangkitan virus.
“Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meminta supaya kem ini ditutup bagi memastikan virus tidak merebak kepada pelatih lain,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, dekat sini, semalam.
Kerjasama pelatih dan bekas pelatih
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, satu bentuk kerjasama antara pelatih dan bekas pelatih PLKN dengan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dibentuk bagi tujuan menyelaras dan menggiatkan lagi semangat kesukarelaan remaja.
Beliau berkata, kerjasama itu dijangka bermula Ogos depan disertai pelatih PLKN bersama pasukan sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
“Kerjasama ini penting kerana PLKN menyediakan 500 modul khidmat komuniti di 80 kem seluruh negara setiap tahun dan semua pelatih akan terbabit dengan aktiviti kemasyarakatan,” katanya.
Beritaharian.com
Title : Kem PLKN Pulau Pinang diarah tutup
Description : Rompin: Operasi sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pulau Pinang ditutup sementara selepas 50 pelatihnya mengalami demam dan s...
Rating : 5