Senarai Nama-nama Menteri Malaysia 2013 : Kalau dahulu, walaupun Khairy Jamaluddin memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tetapi tiada jawatan menteri diberikan kepadanya berbanding Mukriz Tun Mahathir yang diberikan peluang sebagai Timbalan Menteri walaupun hanya bergelar Naik Ketua Pemuda.
Mungkin ada sebab dibuat percaturan sebegitu rupa oleh Datuk Seri Najib Razak pada masa itu. Menariknya…
Dan menariknya, tekanan pada masa itu tidak sama seperti yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak bagi pemilihan nama-nama Menteri Malaysia 2013 selepas PRU13. Ini kerana kali ini, ramai yang mendesak supaya figura politik seperti Khairy Jamaluddin perlu ada dalam senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013 kali ini. Mesti ada. Termasuklah hasrat kami sendiri daripada Berita Semasa yang mahukannya dalam senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013.
Selepas seorang lain pemimpin pilihan Berita Semasa Datuk Saifuddin Abdullah tewas pada PRU13 tempoh hari.
Dan menjelang pengumuman senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013 sebentar lagi, sudah kedengaran nama-nama seperti di bawah bakal menggangotai senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013. Antaranya ialah :
Senarai Nama-nama Menteri Malaysia 2013 (Dijangka)
- Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar : Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin : Dapat jawatan menteri
- Ahli Parlimen MCA : Jawatan Kementerian Pengangkutan & Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Seri Mustapa Mohamed : Menteri Kewangan II
- Datuk Seri Idris Jusoh : Menteri Pelajaran
- Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : Kementerian Pelancongan
- Datuk Seri Zahid Hamidi : Menteri Pertahanan
- Datuk Seri Hishamuddin Hussein : Menteri Dalam Negeri (KDN)
- Datuk Noriah Kasnon : Menteri Wanita & Pembangunan Masyarakat
- Datuk Ahmad Maslan : Dijangka dapat jawatan menteri penuh
- Dua ahli Parlimen MIC, presiden parti Datuk Seri G Palanivel & timbalannya Datuk Seri S Subramaniam akan turut dalam senarai nama-nama Menteri Malaysia 2013
- Datuk Seri Anifah Aman : Menteri Luar Negeri
- Datuk Seri Peter Chin Fai Kui : Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air
- Datuk Douglas Unggah Embas – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Sumber:
http://beritasemasa.com