SEMPORNA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengurangkan bilangan anggotanya di kawasan operasi Ops Daulat dan menambah kekuatan di beberapa buah daerah lain di negeri ini termasuk Semporna.
Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, tindakan itu dibuat bagi menambahkan keyakinan rakyat bahawa semua kawasan di pantai timur Sabah adalah terjamin dan selamat.
"Saya mahu meyakinkan kepada seluruh negara dan pihak antarabangsa bahawa keselamatan di timur Sabah terjamin dan ancaman (pengganas) yang kita hadapi telah dihapuskan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my