KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) berjanji mahu menghukum mereka yang terlibat dalam "Projek IC" sebagai manifesto pilihan raya untuk Sabah, dan menggunakan kemarahan berdekad penduduk asal ke atas mereka yang terlibat memberi kad pengenalan kepada pendatang asing.
Pakatan pembangkang itu berkata inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan pentadbiran Najib seharusnya perlu mempunyai syarat memastikan panel mempunyai kuasa menghukum mereka yang terlibat dalam inisiatif kontroversi itu.
"Kita akan menguruskan RCI yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah kedatangan pendatang haram di Sabah, bukan hanya membersihkan sistem kewarganegaraan dan memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja dibenarkan mendapatkan kewarganegaraan, tetapi mereka yang terlibat dengan Projek IC akan dihukum," kata pakatan tersebut dalam manifestonya yang dimuatturun dari online.
Janji itu dikeluarkan selepas Sabah masih lagi terkejut dengan pencerobohan yang berlaku oleh sekumpulan militan Filipina ke negeri mereka, insiden yang dikaitkan dengan "Projek IC".
Militan seramai 200 orang itu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari, dan menggunakan laluan yang digunakan oleh penduduk selatan Filipina yang beragama Islam ke utara SabahRamai yang menuding jari bahawa "Projek IC" adalah punca dari masalah ini berlaku, dan mendakwa berdekad projek "beri kewarganegaraan untuk undi" didakwa dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) kepada warga asing Filipina sepatutnya dipersalahkan dalam pencerobohan itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia paling lama dalam kuasa iaitu dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang dalam "Projek IC", di mana kewarganegaraan diberikan kepada imigran sebagai pertukaran untuk undi.
Isu pendatang asing adalah topik yang menjadi punca kemarahan penduduk asal Sabah seperti komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), yang merasakan kedaulatan negeri dirampas oleh pendatang asing seperti Filipina dan Indonesia.
Di Sabah, sudah menjadi rahsia terbuka penduduk asal mahu pendatang asing dihantar pulang ke negara asal, dan sering menuduh kumpulan tersebut merompak dan merampas peluang pekerjaan disamping mencetuskan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan.
Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 390 peratus dari 636,431 orang penduduk pada 1970 kepada 3,120,040 orang pada 2010, dua kali ganda dari peratus pertumbuhan penduduk nasional iaitu 164 peratus. Selain janji menghukum mereka yang terlibat dengan "Projek IC", PR Sabah juga memberitahu bahawa di bawah pentadbiran mereka, negeri akan kembali mendapat autonomi, yang mengikut perjanjian 1963.
Ia juga berjanji layanan yang adil kepada Sabah dan mereka di seberang Laut China Selatan, disamping kerajaan bersih berdasarkan intergriti dan "sifar rasuah".
"[Kami akan] hentikan kronisme di setiap peringkat kerajaan dengan mengamalkan polisi terbuka bagi mengelakkan pembaziran dan rasuah," kata pakatan tersebut dalam manifestonya.
PR juga berjanji untuk mengkaji semula perjanjian royalti minyak di antara negeri dan persekutuan, menghapuskan polisi kabotaj, melindungi tanah adat orang asal, perumahan yang lebih baik, prasarana awam yang lebih baik, dan membaiki sistem kebajikan kepada yang miskin.
Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti tradisi dua pertiga kerana tewas teruk di semenanjung, dimana cuma menang 85 kerusi sementara pembangkang menang 80 kerusi.
BN terselamat apabila di Sabah, Sarawak dan Labuan mereka memenangi 55 kerusi parlimen berbanding pembangkang dua buah kerusi sahaja.
Sumber: Yahoo News