Dokumen 1/7
Kesultanan Suluk tidak berhak keatas Sabah kerana Kesultanan Brunei tidak pernah menyerahkan wilayah tersebut kepada Suluk dalam sejarah.
Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19. Kuasa tersebut berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah, beliau juga membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah2 di kemudian hari. Duit pajakan wilayah Sabah yg dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.
Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.
Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia, dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei.
Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei dilampirkan (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997).