ALI (belakang, tengah) bergambar bersama peserta yang menghadiri Persidangan Tahunan Puspanita di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Beliau berkata, semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.
Katanya, tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diketahui dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.
"Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2VI5KOCks