KUALA LUMPUR - Melihat senarai Ahli Parlimen yang bakal bersidang pada 24 Jun ini, perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung 'pertarungan yang belum tamat' semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
Keputusan PRU-13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi berbanding 89 kerusi oleh pakatan pembangkang iaitu perbezaan 44 kerusi.
Jika ditolak 55 wakil BN yang dilantik dalam Kabinet dan mengisi jawatan timbalan menteri, barisan penyokong kerajaan hanya tinggal 78 orang.
Antara muka baharu yang dijangka menjadi 'ayam sabung' pembangkang ialah Mohd. Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Mohamed Hanifa Maidin (Pas-Sepang) Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu), Mohamad Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) dan Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PKR-Bukit Katil).
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2VGlcJY6m