Terdapat beberapa forum yang admin telah jumpai samada di Facebook mahupun laman-laman sosial yang lain mengenai dengan seorang penama Jamalul Kiram yang sedang berada di Kundasang Ranau. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, sebenarnya beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan isu yang sedang berlaku di Lahad Datu.
Tuhan telah mentakdirkan nama mereka sama jadi kita tidak boleh memberikan prasangka buruk disebabkan mereka hanya berkongsi nama yang sama. Encik Jamalul Kiram merupakan penduduk bumiputera Sabah dan beliau mempunyai sebuah penginapan Home Stay di Kundasang iaitu Kiram's Village. Mana lah tau di masa hadapan, tiba-tiba ada anak kita punya nama sama dengan Presiden Obama kan... gitu lah itu..
Promosi sekejap! hehe
Kepada sesiapa yang mempunyai kesempatan ke Kundasang dan ingin mencari tempat untuk menginap dalam suasana kampung, silalah berhubung dengan pihak pengurusan Kiram's Village untuk membuat tempahan di talian :
+60166950057 stau email: jamalulk@gmail.com
Jangan marah ya.. Peace No War!