KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan bakal melaksanakan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) yang akan berkuatkuasa 15 Julai 2013 ini.
Menurut Pemangku Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn, perlaksanaan lesen baru ini akan bermula serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan diperluaskan ke seluruh pejabat pos di seluruh negara pada November 2013.
“Inisiatif ini dilaksanakan memandangkan lesen memandu sedia ada telah digunakan sejak tahun 1989 dan tidak pernah dinaiktaraf, oleh kerana teknologi perbuatannya telah lama, maka lesen memandu sedia ada ini mudah rosak dan dipalsukan,” katanya yang semasa lawatan rasminya ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan.
Antara ciri-ciri istimewa LTMB adalah kad plastik pra-cetak dan mempunyai reka bentuk yang berkeselamatan tinggi, mempunyai lapisan high secure hologram bersekuriti tinggi dan bersaiz kad kredit.
Jelasnya lagi, pengeluaran LMBT akan memperkukuhkan pangkalan data JPJ di mana maklumat serta imej gambar pemandu yang terkini dan dimuatnaik.
Perlaksanaan insiatif ini tidak melibatkan kos tambahan kepada orang ramai masih lagi dikenakan bayaran fi yang berkuatkuasa sekarang.
Sumber: ABNXcess (14/6/2013)
Foto: The Star