KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.
Sehubungan itu Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Farida Mohd. Ali berkata, graduan yang memiliki Diploma Kejururawatan dipelawa membuat permohonan.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, permohonan boleh dibuat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang SPA-8i secara online di
http://www.spa.gov.my selewat-lewatnya 30 April ini.
Urusan temuduga dijangka dilaksanakan pada bulan Jun dan tawaran pelantikan dijangka bermula dalam pada bulan Ogos. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my