LAHAD DATU - Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas Sulu yang menceroboh kawasan ini sejak 12 Februari lalu tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.
Sebaliknya, pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.
“Keampuhan taktik gerila pengganas yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan kita," kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com