JAMALUL Kiram III (duduk tengah), Esmail Kiram II (berdiri kanan) bersama anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat dirinya sebagai Sultan Sulu.
SELEPAS berakhir era komunis dan konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia pada 1965, ini merupakan kali pertama negara berdepan dengan konfrantasi ketenteraan dengan pihak luar yang menceroboh kedaulatan negara ini.
Walaupun berlaku beberapa insiden berdarah sebelum itu, seperti tragedi Memali dan serangan militan di Sauk, tetapi ia merupakan kejadian-kejadian jenayah yang mengugat keselamatan negara dan tidak melibatkan pencerobohan kedaulatan negara.
Berita pencerobohan kumpulan pengganas yang dipimpin oleh Jamalul Kiram III ini di Lahad Datu, Sabah mulai 9 Februari Februari lalu telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Tindakan pengecut kumpulan penceroboh itu bertindak memperdayakan pasukan komando VAT 69 Malaysia pada hari Jumaat dua minggu lalu menyebabkan rakyat Malaysia marah. Read more
here
Sumber: Utusan Malaysia