SEBUAH kereta perisai berantai Adnan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan penempatan zon merah Felda Sahabat bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar bebas daripada ancaman pengganas Kiram, di Lahad Datu hari ini. - Foto ihsan Kementerian Pertahanan
LAHAD DATU 21 Mac - Pasukan keselamatan akan memasuki Kampung Tanduo di sini hari ini bagi membuat penilaian kerosakan harta benda penduduk kampung tersebut.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi penilaian kerosakan itu akan dibuat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pegawai Daerah dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). - UTUSAN