Jamalul Kiram tidak tersenarai waris Kesultanan Sulu
|
Sultan Palsu Jamalul Kiram |
Jamalul Kiram III (gambar) tidak boleh mendakwa sebagai
pewaris atau bergelar Sultan Sulu kerana namanya tidak tersenarai sebagai
antara waris Kesultanan Sulu yang berhak memperoleh 'imbuhan' daripada sewaan
tanah Borneo Utara (kini Sabah).
Menurut sumber, dalam satu penghakiman di Mahkamah Tinggi
Borneo Utara oleh Ketua Hakim, C.F.C. Macaskie pada 1939, hanya sembilan
pewaris tersenarai menerima imbuhan berkenaan.
Katanya, mereka ialah Dayang- Dayang Haji Piandao Kiram,
Putli Tarhata Kiram, Putli Sakinur In Kiram, Mora Napsa, Esmail Kiram, Datu
Punjungan Kiram, Sitti Mariam Kiram, Sitti Rada Kiram dan Sitti Putli Jahara
Kiram.
Malah, tambah beliau, selepas kesemua pewaris asal itu
meninggal dunia nama Jamalul Kiram III juga tidak tersenarai untuk menerima
imbuhan berkenaan dalam penghakiman mahkamah di Jolo pada 25 Mei 2011.
Sumber: VAT 69 - Perjuangan Semalam