LAHAD DATU: Perkembangan terbaru ialah Department of Justice (DOJ) Filipina
telah mengarahkan Biro Siasatan Negara (NBI) untuk menyediakan kes 'airtight;
terhadap 'Sulu Sultan' Jamalul Kiram III dan orang-orangnya yang mencerobohi
negeri Sabah, Malaysia.
Bercakap kepada pemberita kelmarin, Setiausaha Hakim Leila
de Lima berkata NBI kini sedang menyiapkan kes terhadap Kiram dan
orang-orangya.
De Lima mengumumkan bahawa kumpulan Kiram boleh dikenakan
hukuman kerana melanggar Perkara 118 (menghasut kepada peperangan atau memberi
motif untuk bertindak balas), kod Semakan Keseksaan, pemilikan senjata api
haram, perhimpunan haram dan pelbagai lagi.
Setelah mereka dikenakan hukuman bawah undang-undang
Filipina, DOJ juga akan mengkaji kemungkinan membenarkan kerajaan Malaysia
mengekstradisi penceroboh-penceroboh di Sabah untuk menghadapi undang-undang
negara Malaysia pula.
Source: VAT 69- Perjuangan Semalam